Analisis Teknikal USD/JPY untuk 08 Januari, 2018

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini berjaya menembusi di atas tahap 113.00 dan berdagang dalam fasa pengukuhan harga yang bermula dari tahap tinggi 113.32 yang dicapai pada Jumaat lepas (5 Januari). Pada masa ini, harga sedang menghampiri Moving Average (MA) 20 dan mendapat sokongan dari MA 50.

Selagi sokongan utama yang terletak pada tahap 112.95 (rintangan terdahulu) tidak ditembusi, pasangan mata wang ini perlu mengkaji semula tahap 113.40 sebelum meneruskan pergerakkan ke tahap 113.70.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan menjual dicadangkan di bawah tahap 112.95 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 112.70.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, stop loss pada tahap 112.95, take profit pada tahap 113.40.

Tahap Rintangan: 113.40, 113.70, dan 114.00

Tahap Sokongan: 112.70, 112.50, dan 112.15.