Emas kini mengukuh dan bergerak mendatar dalam dagangan jangka pendek. Harga telah membentuk corak segi tiga. Segitiga biasanya ditemui pada peringkat akhir trend, oleh yang demikian, kita berkemungkinan akan dapat menyaksikan penembusan harga akhir ke tahap $1,330-40 sebelum emas membuat pembalikan harga.
Garis merah - saluran kenaikkan harga
Garis biru - corak segi tiga
Harga emas kekal diniagakan dalam saluran kenaikan harga sementara bergerak mendatar dalam corak segi tiga. Sokongan didapati terletak pada tahap $1,316 sementara rintangan pada tahap $1,322. Penembusan harga di atas tahap rintangan ini berpotensi untuk menolak harga diniagakan ke tahap $1,330. Penembusan harga di bawah tahap sokongan ini pula akan menandakan permulaan fasa pembetulan harga sekurang-kurangnya pergerakkan menaik daripada tahap rendah Disember.
Garis biru - pergerakkan harga yang dijangkakan
Harga emas telah menembusi Ichimoku cloud. Emas kini diniagakan dalam aliran menurun. Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk harga membuat sekurang-kurangnya penarikan semula harga ke arah sokongan cloud pada $1,280. Ini bukan masa yang baik untuk mengambil pesanan membeli emas. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mencari pengesahan pembalikan aliran menurun.