EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan rendah sebanyak 100 pip minggu ini, dan harga kini berada di bawah garis rintangan pada tahap 1.2000 dan 1.1950. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan menurun dengan sekurang-kurangnya 100 pips pada hari ini atau esok. Oleh itu, sasaran seterusnya adalah pada garis sokongan pada tahap 1.1900 dan 1.1850.
USD/CHF: Pasaran telah mengukuh dengan kenaikkan sebanyak 70 pip pada minggu ini, dan harga kini dilihat sedang diniagakan di atas tahap sokongan 0.9800. Pergerakan kenaikan harga yang lebih tinggi berpotensi untuk menghasilkan pembentukan Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta - terutamanya apabila tahap rintangan 0.9900 ini ditembusi untuk aliran menaik. Sasaran utama didapati terletak pada tahap rintangan utama 1.0000. Harga perlu menembusi sasaran utama bagi membolehkan pasangan mata wang EUR/USD ini bergerak lebih rendah.
GBP/USD: Instrumen dagangan mata wang ini diniagakan mendatar sehingga minggu ini. Harga berkemungkinan akan melonjak naik untuk menguji wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.3600, 1.3650 dan 1.3700. Walau bagaimanapun, ia tidak akan membatalkan kemungkinan penarikan semula harga yang ketara, yang diramalkan akan berlaku pada bila-bila masa pada bulan ini.
USD/JPY: Pasangan mata wang ini telah membuat beberapa percubaan penurunan harga semalam, tetapi tiada apa yang benar-benar berubah dengan ketara. Bagi dagangan jangka pendek, pasangan mata wang ini diniagakan tidak menentu, walau bagaimanapun, dalam dagangan jangka panjang, ia adalah neutral. Walau bagaimanapun, prospek pasangan JPY adalah menurun pada minggu ini, dan dengan itu, beberapa kecenderungan penurunan harga akan diperhatikan.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini telah mula diniagakan rendah pada minggu ini. Pasaran telah jatuh sebanyak 170 pip dan harga kini berada di bawah zon bekalan pada tahap 134.50. Sebaik sahaja zon permintaan pada tahap 133.50 ini ditembusi untuk aliran menurun, Corak Pengesahan Penurunan Harga akan dinyatakan pada carta 4 jam. Harga dijangka akan terus melemah.