Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 15 Januari, 2018

EUR/USD: Pasangan mata wang ini mengukuh dari Isnin hingga Rabu, dan kemudian melonjak naik dengan ketara pada Khamis dan Jumaat. Garis rintangan pada tahap 1.2200 telah diuji, dan ia berkemungkina akan ditembusi untuk aliran kenaikan harga (sebagaimana harga mensasarkan untuk meningkat 150 pips lagi pada minggu ini). Tinjauan perdagangan pada pasangan EUR masih kekal pada minggu ini.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF menyaksikan beberapa usaha kenaikkan harga yang lemah dari 8 hingga 10 Januari, hampir mencecah tahap rintangan pada 0.9850. Walau bagaimanapun, percubaan kenaikan harga yang lebih tinggi telah ditolak kerana pergerakan penurunan harga telah dijangkakan, yang akhirnya menghasilkan isyarat penurunan harga di pasaran. Dari tahap tinggi minggu lalu, harga turun sebanyak 170 pip, menutup di bawah tahap rintangan 0.9700 pada Jumaat.

GBP/USD: Terdapat penembusan kenaikkan harga yang serius pada mata wang GBP, menamatkan aliran mendatar yang telah berterusan selama beberapa minggu (mengekalkan percubaan kenaikkan harga yang dilihat pada minggu terakhir Disember 2017). Harga meningkat sebanyak 250 pips, untuk menutup di atas wilayah pengumpulan pada tahap 1.3750. Sasaran seterusnya yang akan dicapai adalah pada wilayah pengedaran 1.3750 dan 1.3800.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini menyaksikan penurunan harga yang ketara pada minggu lalu, menjunam sebanyak 220 pips dan menguji tahap permintaan pada 111.00, yang mensasarkan harga untuk menembusinya. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga yang ketara pada carta 4-jam, dan kesinambungan aliran menurun dijangkakan di pasaran. Sasaran seterusnya terletak pada tahap permintaan 110.50, 110.00 dan 109.50.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY diniagakan lemah pada Isnin, Selasa, dan Rabu, harga kemudiannya diniagakan tinggi pada Khamis dan Jumaat (11 dan 12 Januari). Pergerakan menaik 100 pips akan menghasilkan isyarat "membeli", manakala pergerakan 150 pip ke arah bawah akan menghasilkan isyarat penurunan harga sekaligus menyokong aliran menurun baru-baru ini.