Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD ini telah menembusi tahap rintangan yang menjadi sokongan kuat pada 1.2204 minggu lalu. Selain itu, perlu diperhatikan bahawa tahap sokongan mingguan terletak pada 1.2058. Tahap 1.2058 adalah bertepatan dengan nisbah emas (61.8% Fibonacci), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap 'overbought' kerana ia berada di atas paras 70. RSI masih memberikan isyarat bahawa harga diniagakan dalam aliran menaik sebagaimana ia mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melonjak naik dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangkakan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.2250 dengan sasaran pertama ditetapkan pada 1.2340. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 1.2340 dan seterusnya ke tahap 1.2400 pada hari-hari yang akan datang. Tahap 1.2400 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 1.2058, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.