EUR/USD: Pasangan mata wang ini mengukuh pada Isnin, ia dilihat tidak bergerak di atas garis rintangan pada tahap 1.2300 (telah gagal diuji), dan harga juga tidak berada di bawah garis sokongan 1.2150. Pada minggu ini, diramalkan akan terdapat pergerakkan penurunan harga, yang berkemungkinan besar akan memihak kepada aliran menurun, sebagaimana prospek pada pasangan EUR adalah menurun pada minggu ini.
USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini tidak memperlihatkan pergerakkan harga yang ketara pada 22 Januari, namun kenaikkan dalam momentum dijangkakan. Tahap permintaan yang terletak pada tahap 0.9550 akan cuba menghalang pergerakan penurunan harga yang selanjutnya, dan harga berpotensi untuk melonjak lebih tinggi sehingga mencapai ke tahap rintangan pada tahap 0.9650 dan 0.9700.
GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan dalam aliran menaik pada Isnin, meningkat sebanyak 130 pip. Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga yang jelas pada carta 4 jam, sebagaimana harga telah melonjak naik sebanyak 500 pips sejak 11 Januari 2018. Pasaran masih berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menaik dengan 200 pips tambahan pada minggu ini, sebelum ia membuat penarikan semula harga yang serius.
USD/JPY: Pasaran ini dilihat berusaha untuk membuat kenaikan harga rendah pada semalam (juga telah ditunjukkan pada minggu lepas). Semua usaha kenaikan harga telah berada dalam konteks aliran menurun dan ia berkemungkinan akan menawarkan peluang kepada para pedagang untuk memasuki pasaran pada harga yang lebih baik. Pada minggu ini, permintaan yang terletak pada tahap 110.50 diramalkan akan ditembusi untuk aliran menaik, dan salah satu daripada sebabnya adalah kerana kelemahan yang dijangkakan pada mata wang USD.
EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY ini diniagakan dalam aliran menaik semalam, bergerak di atas zon permintaan pada tahap 136.00. Kecenderungan harga di pasaran adalah menaik, dan harga diramalkan akan meningkat lebih tinggi dari sini, membawa kepada prospek kenaikan harga yang lebih kuat pada pasangan mata wang EUR/JPY. Sasaran seterusnya terletak pada zon bekalan 136.00, 136.50, dan 137.00.