Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 24 Januari, 2018

EUR/USD: Berikutan pengukuhan harga semasa di pasaran, harga telah menembusi aliran menaik. Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4 jam, dan oleh itu, harga berkemungkinan akan dapat bergerak lebih jauh, mencapai garis rintangan yang terletak pada tahap 1.2350, 1.2400, dan 1.2450. Berikut adalah sasaran untuk baki minggu ini.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF kini diniagakan dalam aliran menurun. Harga telah turun sebanyak 84 pip minggu ini, dan masih terdapat banyak ruang untuk harga meneruskan pergerakkan menurun. Oleh yang demikian, adalah diramalkan bahawa harga akan menembusi sokongan pada tahap 0.9500, 0.9450, dan 0.9400 dalam beberapa hari dagangan yang berikutnya. Rali di pasaran sepatutnya bersifat sementara.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini meneruskan aliran menaik secara perlahan. Pembetulan penurunan harga kecil telah mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah. Memandangkan harga telah meningkat sebanyak 190 pips pada minggu ini, ia dijangka akan bergerak ke arah yang lebih tinggi, mencapai wilayah pengedaran pada tahap 1.4050, 1.4100, dan 1.4150.

USD/JPY: Insturmen dagangan mata wang ini melemah. Sejak minggu kedua bulan Januari, pasaran telah turun sebanyak 330 pips, harga kini diniagakan di bawah paras bekalan pada tahap 110.00. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah paras 50. Ini adalah isyarat penurunan harga, yang menunjukkan lebih banyak penurunan harga di pasaran.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY pada dasarnya sedang mengukuh, berayun di antara zon bekalan pada tahap 136.50 dan zon permintaan pada 135.00. Pasaran adalah neutral dalam dagangan jangka pendek, tetapi mengukuh pada dagangan jangka panjang. Pasaran berkemungkinan akan diniagakan neutral sehingga turun naik kenaikkan harga berakhir, membawa harga untuk diniagakan dalam arah alirah yang jelas.