Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diniagakan tinggi dari tahap 0.7305 dalam dagangan jangka panjang. Adalah perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditetapkan pada tahap 0.7305 yang mewakili titik pangsi harian pada carta 4H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom' pada carta dagangan yang sama.Pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan isyarat pengukuhan harga sebagaimana harga telah menembusi tahap tinggi 0.7305. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesana membeli di atas tahap 0.7305 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7364 untuk menguji rintangan harian 1. Selain itu, RSI masih menyatakan isyarat bahawa harga akan meningkat sebagaimana harga kekal mengukuh di atas Moving Average (MA)(100).
Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan diniagakan lebih tinggi dalam beberapa jam yang akan datang. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 0.7364, maka pasaran akan memanggil pasaran kenaikan harga yang kuat ke arah sasaran 0.7437. Tahap 1.4250 adalah lokasi yang terbaik untuk meletakkan pesanan Take Profit pada hari ini. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.7305 (titik pangsi), penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7202 diramalkan boleh berlaku. Ia akan menunjukkan pasaran penurunan harga.