Analisis Harian Emas untuk 07 Februari, 2018

Gambaran Keseluruhan

Harga emas mengakhiri dagangan semalam di bawah tahap 1,335.40, sekaligus mengesahkan aliran penurunan harga dalam dagangan urusniaga harian. Kami sedang menunggu untuk melihat harga menguji tahap 1,316.48 sebagai stesen yang seterusnya. Oleh yang demikian, aliran penurunan harga dicadangkan untuk dagangan jangka pendek, disokong oleh EMA50. Sila ambil perhatian bahawa penembusan harga pada tahap sasaran akan mendorong harga untuk terus diniagakan lebih rendah sehingga mencapai ke tahap 1,301.20. Sebaliknya, penembusan pada tahap 1,335.40, dan diikuti oleh tahap 1,342.00 adalah tindakan harga yang akan mengeluarkan emas dari tekanan negatif semasa, membolehkan emas untuk diniagakan kembali dalam aliran menaik. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 1,316.48 dan rintangan 1,340.00.