Indeks Dolar telah menyaksikan pembalikkan aliran jangka pendek kepada kenaikan harga. Harga menembusi di atas tahap rintangan 89.60, juga telah menembusi di atas cloud 4 jam, menguji semula tahap tersebut seperti yang dijangkakan dan membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi baru.
Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, saya telah menyatakan bahawa penurunan harga adalah terhad dan kita harus mengharapkan lantunan harga yang dalam Indeks Dolar. Kami telah mengesahkan bahawa lantunan harga kini sedang berlangsung. Harga diniagakan di atas cloud 4-jam. Sokongan dilihat terletak pada tahap 89.60 yang juga adalah merupakan rintangan terdahulu untuk Indeks Dolar.
Berdasarkan kepada carta harian, emas kekal diniagakan dalam aliran menurun tetapi dengan tanda-tanda pembalikan harga. Harga kini berada di bawah kijun-sen pada tahap 90.70, walau bagaimanapun, hanya penembusan harga di atas tahap tersebut akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap 91.50-92. Sokongan didapati terletak pada tahap rendah semalam. Penutupan harian di bawah tahap rendah semalam akan membawa tekanan jualan kembali dalam pasaran Indeks Dolar. Ini bukan petanda yang baik untuk aliran menaik.