EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan pergerakan penurunan harga yang ketara pada minggu lalu, yang mencetuskan kecenderungan penurunan harga. Harga jatuh seabnyak 240 pips, untuk menutup di bawah garis rintangan pada tahap 1.2250 Jumaat lalu. Tinjauan pada pasangan mata wang EUR adalah menurun untuk minggu ini, dan oleh yang demikian, penurunan harga di pasaran diramalkan akan berterusan, sebagaimana harga mensasarkan pergerakkan ke arah garis rintangan yang terletak pada tahap 1.2200, 1.2150 dan 1.2100.
USD/CHF: Terdapat usaha kenaikkan harga yang disaksikan pada minggu lalu, namun dalam konteks aliran menurun. Kecuali apabila harga menembusi tahap rintangan 0.9500, kecenderungan di pasaran akan berubah kepada aliran menaik. Pergerakan harga di bawah tahap sokongan 0.9300 akan mengukuhkan lagi isyarat aliran menurun semasa di pasaran.
GBP/USD: Bagi pasangan mata wang ini, harga dilihat telah jatuh sebanyak 450 pips sejak 2 Februari lalu (300 pips pada minggu lepas sahaja). Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga yang jelas di pasaran, yang diramalkan akan berterusan sehingga harga mencapai wilayah pengumpulan pada tahap 1.3800, 1.3750, dan 1.3700. Prospek dagangan untuk pasangan mata wang GBP adalah sangat lemah untuk minggu ini, dan oleh itu, isyarat menjual mungkin akan dibatalkan.
USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini diniagakan tidak menentu pada minggu lalu, walau bagaimanapun harga berakhir ke arah yang lebih rendah, ditutup di bawah tahap bekalan pada 109.00. Tahap permintaan pada 108.50 telah diuji dan akan diuji sekali lagi, telah ditembusi untuk aliran menurun. Prospek dagangan untuk pasangan mata wang JPY adalah menurun pada minggu ini.
EUR/JPY: Terdapat penurunan harga yang ketara dilihat pada pasangan mata wang EUR/JPY. Harga pergi ke arah bawah sebanyak 500 pips, mencapai zon permintaan yang terletak pada tahap 132.00. Pada Jumaat lalu, terdapat kenaikan harga di pasaran, yang sepatutnya bersifat sementara, kerana pasangan mata wang ini sepatutnya meneruskan pergerakkan menurun pada minggu ini. Zon permintaan yang masing-masing terletak pada tahap 132.00, 131.50, dan 131.00 berkemungkinan besar akan ditembusi untuk aliran harga yang lebih rendah. Lonjakan menaik di pasaran mungkin tidak berjaya mempengaruhi tindakan pasaran.