Pasangan mata wang USD/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang ini telah mengulangi tahap sokongan pada tahap 108.45. Pada masa ini, ia telah kembali ke atas kedua-dua moving average 20 dan 50, tetapi pergerakan harga masih dihadkan oleh tahap rintangan utama pada tahap 108.45.
Dolar A.S. menunjukkan pengukuhan harga untuk beberapa keuntungan baru-baru ini, memandangkan pasaran saham menunjukkan tanda-tanda penstabilan berikutan berlaku penurunan secara mendadak selama dua minggu.
Di bawah tahap 108.45, perdagangan menjadi tidak menentu dengan jangkaan kepada kecenderungan harga bergerak kepada pergerakan menurun . Apbila harga menembusi tahap 107.30 pada arah bawah akan menyebabkan pergerakan menurun ke arah 107.05.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan beli dianjurkan berada di atas tahap 108.45 dengan sasaran harga pada tahap 108.95.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga semasa di atas titik pangsi menunjukkan kedudukan kenaikan harga, sementara harga di bawah titik apangsi adalah isyarat untuk kedudukan jual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan, dan garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk masuk dan keluar perdagangan.
Strategi: JUAL,Stop loss pada 108.45, take profit pada tahap 107.30.
Tahap rintangan: 108.85, 109.25, dan 109.55
Tahap sokongan: 107.30, 107.05, dan 106.75.