Analisis Harian Perak untuk 13 Februari, 2018

Gambaran Keseluruhan

Harga perak mula menguji rintangan utama yang terletak pada tahap 16.56. Seperti yang telah kita nyatakan di dalam analisis terkini, penembusan harga pada tahap ini diperlukan untuk mengesahkan kesinambungan aliran menaik gelombang ke arah tahap 17.43. Sila ambil perhatian bahawa stochastic telah menghasilkan isyarat positif sekarang untuk memberikan momentum yang sedang kita tunggu. Oleh itu, harga telah mendapat momentum baru untuk penembusan harga pada tahap yang dinyatakan. Oleh yang demikian, kami mengekalkan gambaran keseluruhan kenaikkan harga kami untuk sesi dagangan yang akan datang dengan syarat harga kekal diniagakan di atas tahap 16.10. Julat dagangan yang diramalkan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 16.40 dan tahap rintangan 16.80.