Analisis Teknikal USD/JPY untuk 14 Februari, 2018

Kesemua sasaran yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah ditembusi. Pasangan mata wang ini dilihat telah membuat lantunan semula harga dari tahap rendah 107.39 semalam (13 Februari), tetapi masih dihadkan oleh rintangan utama yang terletak pada tahap 108.20. Walaupun indeks kekuatan relatif telah naik ke tahap neutral pada 50, ini menunjukkan kekurangan momentum penurunan harga untuk pasangan mata wang ini, aliran menurun untuk urusniaga harian masih dikekalkan oleh penurunan Moving Average (MA) 50.

Sekiranya lantunan semula harga semasa kehilangan momentum untuk menolak pasangan mata wang ini menembusi rintangan utama pada tahap 107.85, ia berkemungkinan besar akan diniagakan semula ke tahap 106.80.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, pesanna membeli dicadangkan di ambil di atas tahap 107.85 dengan sasaran diletakkan pada tahap 108.20.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 107.85, dan take profit pada tahap 106.80.

Tahap Rintangan: 108.20, 108.5, dan 108.85

Tahap Sokongan: 10.30, 107.05, dan 106.75.