Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Februari, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.9295 untuk dagangan jangka panjang. Adalah perlu diingatkan bahawa sokongan yang ditetapkan pada tahap 0.9295 mewakili titik pangsi harian pada carta 1H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom' pada carta yang sama. Oleh yang demikian, pasangan mata wang USD/CHF kini menunjukkan isyarat pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 0.9295. Oleh itu, adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9295 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9361 untuk menguji rintangan harian 1. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 0.9361, maka pasaran akan memanggil pasaran kenaikan harga yang kuat ke arah tahap sasaran 0.9409 pada hari ini. Tahap 0.9409 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan kedudukan pesanan Take Profit. Selain itu, RSI masih memberikan isyarat bahawa harga kini dalam aliran menaik sebagaimana ia kekal kukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan diniagakan lebih tinggi dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Sebaliknya, jika berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.9254, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 0.9187 boleh berlaku. Ia akan menunjukkan pasaran penurunan harga.