Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan lemah dari tahap tinggi 16 Februari lalu dan ia kini dilihat berada berhampiran SMA 200 pada carta 1H, disokong oleh tahap 1.3939. Sekiranya kawasan harga tersebut ditembusi untuk aliran menurun, adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan menguji tahap 1.3753. Untuk aliran menaik, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 1.4078, sasaran menaik yang seterusnya akan terletak pada tahap 1.4209. Indikator MACD masih memihak kepada kecenderungan aliran menaik untuk dagangan jangka pendek.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.4078 / 1.4209
Tahap Sokongan Carta 1H: .3939 / 1.3753
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.3939, take profit pada tahap 1.3753 dan stop loss pada tahap 1.4130.