Kesemua sasaran menaik yang diramalkan dalam analisis semalam telah ditembusi. Pasangan mata wang ini masih diramalkan akan meneruskan pergerakan menaik. Harga berkemungkinan besar akan melonjak lebih tinggi sebagaimana ia kini disokong oleh Moving Average (MA) 20 yang menaik. Garis aliran menaik dari tahap rendah Jumaat lalu (16 Februari) masih kekal mengukuh. Urusniaga harian menaik yang kuat masih dikekalkan oleh MA 20 dan 50. Rintangan yang seterusnya bagi pasangan mata wang USD/JPY ini dilihat terletak pada tahap 108.40, dan diikuti oleh tahap 108.90.
Secara alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, pesanan menjual dicadangkan diambil di bawah tahap 107.20 dengan sasaran terletak pada tahap 106.70.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 107.20, dan take profit pada tahap 108.40.
Tahap Rintangan: 108.40, 108.90, dan 109.15
Tahap Sokongan: 106.70, 106.45, dan 106.00.