Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun sebagaimana rintangan utama terletak pada tahap 107.60. Pasangan mata wang kini berada di bawah tahap 106.58, yang dilihat pada semalam (22 Februari). Harga kini diniagakan kembali di atas Moving Average (MA) 20 yang menurun, dihadkan oleh MA 50 dan rintangan utama pada tahap 107.15. Indeks kekuatan relatif masih belum meningkat ke tahap neutral 50, sekaligus menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini kekurangan momentum menaik. Selagi rintangan utama yang terletak pada tahap 107.65 ini belum ditembusi, harga berkemungkinan besar akan diniagakan dalam aliran menurun urusniaga harian, dan pasangan mata wang ini berpotensi untuk kembali ke tahap 106.55 (berhampiran tahap rendah semalam) sebelum melanjutkan penurunan harga ke tahap 106.10.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan membeli disarankan di ambil diatas tahap 107.60 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 107.90.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 107.60, dan take profit pada tahap 106.55.
Tahap Rintangan: 107.90, 108.40, dan 108.90
Tahap Sokongan: 106.55, 106.10, dan 105.70.