Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang GBP/USD ini masih didagangkan di bawah tahap rintangan 1.4055. Harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 1.4055. Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.4055, dan diikuti oleh tahap 1.4123, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 1.3901. Selain itu, Moving Average (MA)(100) mula menunjukkan aliran menurun; justeru, pasaran menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.4055.Oleh itu, ia adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 1.4055 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3986. Ia juga akan mendorong aliran penurunan harga untuk meneruskan pergerakkan ke arah tahap 1.3901.
Sokongan harian yang kuat dilihat pada tahap 1.3901. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan berdagang di antara tahap 1.4055 dan 1.3901 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Kawasan harga 1.4123 kekal sebagai zon rintangan yang signifikan. Oleh itu, aliran harga masih menurun selagi tahap 1.4123 ini tidak ditembusi. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi tahap rintangan 1.4123, maka stop loss harus ditetapkan pada tahap 1.4221..