Baru-baru ini, emas telah diniagakan dalam aliran menurun. Seperti yang telah saya ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap $1,310.57 dan menembusi sasaran objektif pertama. Berdasarkan kepada carta 30M, saya mendapati bahawa harga telah menembusi flag penurunan harga dan sokongan pada tahap $ 1,313.50, yang merupakan isyarat bahawa penjual sedang mendominasi pasaran. Saya juga mendapati terdapat perbezaan (divergence) yang tersembunyi pada stochastic oscillator, yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Saya mengsyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang menjual yang berpotensi. Sasaran untuk aliran menurun ditetapkan pada tahap $1,295.30.
Tahap Rintangan:
R1: $1,321.87
R2: $1,325.67
R3: $1,328.80
Tahap Sokongan:
S1: $1,314.95
S2: $1,311.83
S3: $1,308.05
Cadangan perdagangan untuk hari ini: Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan menjual yang berpotensi.