Analisis Harian Emas untuk 05 Mac 2018

Gambaran Keseluruhan

Emas diniagakan lebih tinggi dalam pasaran awal hari ini. Harga diramalkan akan menembusi EMA50 dan menutup di atasnya, yang menyokong kesinambungan arah aliran menaik pada urusniaga harian. Ini akan mendorong harga untuk menembusi tahap 1,335.40 yang mewakili sasaran seterusnya untuk emas. Sila ambil perhatian bahawa penembusan harga pada tahap ini akan membolehkan harga meneruskan pergerakkan menaik sehingga mencapai ke tahap 1,365.97 sebagai sasaran yang seterusnya. Oleh yang demikian, aliran kenaikan harga masih sah dalam sesi dagangan yang akan datang melainkan jika harga menembusi pada tahap 1,316.48 dan mengukuh di bawahnya. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 1,316.00 dan tahap rintangan 1,340.00.