Analisis Teknikal NZD/USD Untuk 27 Mac , 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD terus melakukan pergerakan harga ke arah atas dari tahap 0.7253. Semalam, pasangan mata wang tersebut melakukan pergerakan kenaikan harga dari tahap 0.7253 ke paras tinggi sekitar 0.7300. Pada masa ini, harga dilihat pada tahap 0.7270.

Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat pada tahap 0.7311 diikuti oleh 0.7330, manakala tahap sokongan harian 1 dilihat pada tahap 0.7253 (50% anjakan Fibonacci). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD masih bergerak antara tahap 0.7253 dan 0.7330; oleh itu kami menjangkakan julat 77 pips.

Tambahan lagi, arah aliran harga berjaya melepasi tahap rintangan pertama pada tahap 0.7311.

Oleh itu, beli di atas tahap 0.7270 dengan sasaran pertama pada tahap 0.7311 untuk menguji tahap rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 0.7330. Perlu diingatkan bahawa tahap 0.7354 adalah kedudukan yang baik untuk mengambil keuntungan kerana ia akan membentuk double top. Kita harus melihat pergerakan kenaikan harga ke arah atas (0.7354) untuk mengujinya.

Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan dan pasangan mata wang NZD/USD menembusi tahap sokongan 0.9866, pergerakan penurunan harga seterusnya ke arah 0.7229 boleh berlaku yang akan menunjukkan pergerakan penurunan harga pada pasaran.