Analisis Harian Perak untuk 27 Mac, 2018

Gambaran Keseluruhan

Harga perak telah menembusi tahap 16.56 selepas graflilin harian menutup di atasnya. Ini mengesahkan aliran menaik pada urusniaga harian dan dagangan jangka pendek. Sasaran menaik ditetapkan ke tahap 17.43 sebagai tahap harga utama yang seterusnya. Oleh yang demikian, aliran kenaikan harga dijangkakan dalam sesi dagangan akan datang yang disokong oleh pergerakkan di atas EMA50. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa kenaikan harga yang selanjutnya bergantung kepada pengukuhan harga di atas tahap 16.56 dan 16.45. Julat dagangan yang diramalkan untuk hari ini terletak di antara tahap sokongan 16.56 dan tahap rintangan 16.90.