Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan tinggi dari tahap 0.9430 menuju ke arah 0.9516. Kini, harga semasa ditetapkan pada tahap 0.9520. Berdasarkan kepada carta 4H, rintangan didapati terletak pada tahap 0.9568 dan 0.9619. Selain itu, sokongan mingguan 1 berada pada tahap 0.9422. Pada hari ini, pasangan mata wang USD/CHF meneruskan dagangan dalam aliran menaik daripada tahap sokongan baru 0.9486, untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa bahawa pasangan mata wang ini akan bergerak di antara tahap 0.9486 dan 0.9568. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9486 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9486 untuk menguji rintangan harian 1 dan kemudiannya ke tahap 0.9619. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 0.9568, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.9568. Pasaran akan diniagakan lemah sehingga mencapai ke tahap 0.9486 untuk kembali ke titik pangsi mingguan. Di samping itu, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan mendorong pasangan mata wang USD/JPY untuk bergerak lebih rendah lagi ke tahap 0.9422.
Ulasan:
- Pangsi mingguan dilihat terletak pada tahap 0.9486.
- Pasaran masih diniagakan dalam aliran menaik. Kami masih cenderung memihak kepada senario kenaikkan harga selagi pasangan mata wang ini berada di atas tahap 0.9486.