Analisis Harian GBP/JPY Untuk 29 Mac , 2018

Pasangan mata wang GBP/JPY dijangka akan melakukan perdagangan dengan prospek kenaikan harga. Walaupun berlaku pengukuhan harga baru-baru ini, pasangan mata wang ini masih melakukan pergerakan menaik ke atas tahap sokongan mendatar pada tahap 149.30, dan kemungkinan mencabar tahap rintangan seterusnya pada tahap 150.65. Pasangan mata wang ini melakukan pergerakan menaik di antara moving average 20 dan 50. Di samping itu, indeks kekuatan relatif disokong oleh garis arah aliran kenaikan harga. Dalam kes itu, selagi tahap 149.30 tidak ditembusi, kemungkinan pergerakan kenaikan harga akan bergerak ke arah 150.65 dan seterusnya ke arah 151.40.

Penjelasan Carta:

Baris hitam menunjukkan titik pangsi. Pada masa ini, harga berada di atas titik pangsi yang merupakan isyarat untuk kedudukan beli. Sekiranya ia kekal di bawah titik pangsi, ia akan menunjukkan kedudukan jual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan, manakala garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk masuk dan keluar perdagangan.

Tahap rintangan: 150.65, 151.40, dan 152.10.

Tahap sokongan: 148.90, 148.40, dan 148.