Analisis Teknikal USD/CHF Untuk 03 April , 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF tidak melakukan pergerakan harga dengan ketara semalam. Tiada sebarang perubahan dalam gambaran teknikal saya. Kecenderungan harga kekal menaik pada tahap ujian jangka pendek di tahap 0.9625 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang USD/CHF akan meneruskan pergerakan kenaikan harga dari tahap 0.9525. Tahap sokongan tersebut didapati pada tahap 0.9525, yang mewakili tahap anjakan 61.8% Fibonacci. Harga mungkin membentuk double bottom. Hari ini, tahap sokongan utama dilihat pada tahap 0.9525, sementara tahap rintangan segera didapati di tahap 0.9583. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi di tahap 0.9583. Oleh itu, beli di atas tahap 0.9583 dengan sasaran pertama pada tahap 0.9605 untuk menguji tahap rintangan harian 1 dan bergerak ke arah 0.9625. Selain itu, tahap 0.9625 adalah kedudukan yang baik untuk mengambil keuntungan kerana ia akan membentuk double top baru. Pada pertengahan peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang tersebut membuat pergerakan dalam arah aliran menaik; kerana kami mengharapkan pasangan mata wang USD/CHF melakukan pergerakan menaik dari tahap 0.9525 hingga 0.9625 hari ini. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan dan pasangan mata wang USD/CHF menembusi tahap sokongan 0.9525, pergerakan penurunan harga seterusnya ke arah 0.9450 , yang akan menunjukkan pergerakan penurunan harga pasaran .