Analisis Teknikal AUD/USD untuk 09 Julai, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang AUD/USD diniagakan rendah dari tahap 0.7474 menghampiri ke arah 0.7348. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini kemudiannya menyaksikan lantunan semula harga dari tahap rendah 0.7348 untuk diniagakan di sekitar tahap 0.7474 sekali lagi. Rintangan dilihat terletak pada tahap 0.7474, 0.7513 dan 0.7554. Selain itu, kawasan harga 0.7474/0.7513 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang AUD/USD ini akan diniagakan rendah dan struktur penurunan harga tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Harga masih berada di bawah EMA 100 sebagaimana prospek penurunan harga kekal sama selagi EMA 100 menuju ke arah bawah. Oleh itu, berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga dilihat masih diniagakan di antara tahap 0.7474 dan 0.7257. Sekiranya pasangan mata wang AUD/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 0.7474, pasaran akan menurun lagi ke tahap 0.7302 sebagai sasaran pertama. Ini akan mencadangkan pasaran menurun kerana indikator RSI masih berada di kawasan negatif dan tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 0.7257 untuk menguji sokongan harian 3. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 0.7554, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.