Pelan Dagangan GBP/USD untuk 24 Julai, 2018

Tinjauan Teknikal:

Pasangan mata wang GBP/USD juga telah memperlihatkan rali ketara pada minggu lalu dan diikuti dengan tahap tinggi semalam pada tahap 1.3158 sebelum harga ditarik rendah semula. Pasangan mata wang ini diramalkan akan diniagakan di sekitar tahap 1.3090 dan telah mendapat sokongan interim pada tahap 1.3080 (Fibonacci 0.382). Masih terdapat ruang untuk harga turun melalui tahap 1.3035/40, sebelum ia meneruskan pergerakkan menaik. Sila ambil perhatian bahawa tahap 1.3035/40 adalah rintangan terdahulu yang kini bertukar menjadi zon sokongan dan sokongan Fibonacci 0.618 juga dilihat di kawasan harga yang sama. Lantunan harga pada tahap harga tersebut sepatutnya mendorong harga untuk diniagakan lebih tinggi ke arah tahap 1.3300, sekurang-kurangnya. Hanya sekiranya harga jatuh di bawah tahap 1.2960, tahap rendah minggu lalu, senario kenaikan harga semasa akan dibatalkan. Pasangan mata wang ini diramalkan akan melanjutkan aliran menaik.

Pelan Dagangan:

Ambil pesanan membeli baru di sekitar tahap 1.3040/50, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 1.2950, dan sasaran sekurang-kurangnya pada tahap 1.3300.

Tinjauan Fundamental:

Tidak terdapat sebarang laporan fundamental yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini.

Semoga berjaya!