Gambaran Keseluruhan:
Tahap utama dilihat berada pada 1.3247, sebagaimana harga masih diniagakan di sekitar kawasan tersebut sejak minggu ini. Pasangan mata wang USD/CAD ini berkemungkinan akan meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 1.3139. Perlu diingatkan bahawa sokongan akan ditetapkan pada tahap 1.3139 yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 61.8% pada carta 4H. Harga mungkin membentuk bahagian 'double bottom' pada carta yang sama. Oleh yang demikian, pasangan mata wang USD/CAD kini menunjukkan tanda-tanda kenaikkan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.3247. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3247 dengan sasaran pertama terletak pada tahap 1.3309 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.3385. Di samping itu, ia dapat diperhatikan bahawa tahap 1.3385 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia diramalkan akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang USD/CAD berjaya menembusi tahap sokongan 1.3064, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 1.2990 boleh berlaku sekaligus menunjukkan pasaran menurun.