Tinjauan Teknikal:
Pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan diniagakan dalam aliran menurun akhir sama seperti pasangan mata wang EUR/USD, sebelum menghasilkan rali kaunter ketara untuk penghujung bulan ini. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini diniagakan rendah sejak pertengahan April 2018 dan harga kelihatan seolah-olah sangat hampir untuk melengkapkan langkah pertama menurun. Melihat kepada struktur gelombang, pasangan mata wang ini berpotensi untuk membentuk pepenjuru dan menjadi gelombang ke-5 yang lebih rendah, sebelum membalikkan pergerakkan dengan ketara. Jika struktur kenaikkan harga dikekalkan, kita harus melihat harga menurun di bawah tahap 1.2950 atau hampir dengan tahap tersebut. Selepas itu, kita boleh mengharapkan aliran menaik kaunter terbesar tahunan yang boleh bertahan selama beberapa minggu akan datang. Rintangan segera dilihat terletak di sekitar tahap 1.3200, diikuti oleh tahap 1.3300, manakala sokongan interim dilihat pada tahap 1.2969, masing-masing. Mengharapkan rali urusniaga harian untuk dihadkan di tahap 1.3200.
Pelan Dagangan:
Kekal pada pesanan menjual dan menambah pesanan menjual yang seterusnya pada rali urusniaga harian, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 1.3200 dan sasaran pada tahap 1.2950.
Tinjauan Fundamental:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk lebih berhati-hati terhadap pengumuman laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, jam 08:30 EST.
Semoga berjaya!