Gambaran Keseluruhan
Pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan dalam aliran menurun dari tahap 0.6807/0.6840 (saluran menurun). Pasangan mata wang ini telah menyaksikan penurunan dari tahap 0.6807 untuk berdagang disekitar tahap 0.6824. Tahap 0.6807 adalah bersamaan dengan tahap rintangan kecil pada hari ini. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.6807/0.8640, dan diikuti oleh tahap 0.6880, sementara sokongan harian 1 berada pada tahap 0.6742. Juga, tahap 0.6775 mewakili tahap utama hari ini kerana ia bertindak sebagai rintangan/sokongan utama untuk minggu ini. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam arah aliran menurun, sebagaimana pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih berdagang dalam arah aliran menurun dari garis rintangan baru 0.6807 ke arah tahap sokongan pertama pada 0.6742 untuk mengujinya. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 0.6742, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.6742. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual semula pada tahap 0.6742 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.6716 dan 0.6697. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 0.6840, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.