Analisis Teknikal Bitcoin untuk 07 Ogos, 2018

Bitcoin telah ditolak pada tahap rintangan yang sebelum ini kita ketahui sebagai tahap yang paling utama untuk aliran menaik yang perlu ditembusi bagi mengesahkan kesinambungan kenaikkan harga. Sebaliknya harga telah ditolak, aliran menaik tidak mempunyai momentum yang mencukupi dan harga kini dilihat sedang menguji cloud dan tahap sokongan Penarikan Semula Fibonacci.

Segitiga hitam - rintangan

Merujuk kepada carta harian, harga dilihat telah memasuki Kumo (cloud) dan ini bukanlah suatu petanda yang baik. Sokongan berada pada Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Harga kini di dalam Kumo. Aliran menaik perlu membalikkan pergerakkan menaik dari tahap semasa. Sokongan seterusnya yang perlu ditembusi adalah pada paras $6,700. Lantunan harga dari kawasan ini boleh menjadi permulaan untuk penembusan harga di atas kawasan rintangan segi empat hitam.