Analisis Teknikal EUR/USD untuk 20 Ogos, 2018

Seperti yang telah diramalkan, berdasarkan kepada analisi yang terdahulu, pasangan mata wang EUR/USD ini telah melantun menghampiri ke tahap 1.1450 pada Jumaat lalu. Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah menguji semula zon sokongan sebelumnya pada tahap 1.15 yang kini bertukar menjadi tahap rintangan. Penolakan harga pada tahap semasa akan meningkatkan peluang untuk pasangan mata wang ini bergerak ke tahap tinggi baru 2018, iaitu 1.11-1.12.

Garis Biru - rintangan jangka sederhana

Garis Merah - rintangan jangka pendek

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah kedua-dua penunjuk tenkan- dan kijun-sen. Harga kekal menurun dalam carta Harian. Rintangan didapati terletak pada tahap 1.1470 dan seterusnya pada tahap 1.15. Manakala sokongan berada pada tahap 1.1380-1.1390. Selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.15-1.16, saya akan kekal cenderung terhadap perkiraan penurunan harga.