Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 21 Ogos, 2018

Tinjauan Harian

Pada April 2018, prospek dagangan bagi pasangan mata wang EUR/USD telah bertukar kepada penurunan harga sebagaimana pasangan mata wang ini telah diniagakan di bawah had lebih rendah julat pengukuhan yang digambarkan (1.2200).

Tahap harga 1.1500 menawarkan pemulihan kenaikkan harga sementara ke arah tahap 1.1830. Aliran menaik EUR/USD gagal meneruskan pergerakkan ke arah sasaran menaik yang lebih tinggi.

Sebaliknya, tahap tinggi menurun telah ditubuhkan di sekitar tahap 1.1800.

Kini, pasangan EUR/USD dilihat sedang menguji zon harga 1.1450-1.1370 (zon permintaan) di mana garis aliran digambarkan pada carta mingguan.

Seperti yang dijangkakan, penutupan penurunan harga di bawah tahap 1.1400 telah dicapai. Ini akan mendorong harga untuk menurun selanjutnya ke arah 1.1300.

Untuk membolehkan penurunan harga yang selanjutnya berlaku, pasangan mata wang EUR/USD ini perlu menembusi dengan jelas di bawah tahap 1.1375. Sasaran penurunan harga terletak di sekitar tahap 1.1275, dan diikuti tahap 1.1120 jika tekanan penurunan harga yang mencukupi dikenakan.

Sementara itu, sekiranya penarikan semula aliran menaik dilanjutkan sehingga melepasi tahap 1.1520, kenaikan harga yang selanjutnya ke arah tahap 1.1700 adalah diramalkan.