Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD menembusi rintangan pada tahap 0.6650 yang telah bertukar menjadi sokongan kuat semalam. Tahap harga ini adalah bertepatan dengan penarikan semula Fibonacci 50% yang dijangkakan akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Sama pentingnya, RSI masih memberikan isyarat aliran menaik, manakala Moving Average (MA)(100) masih menuju ke arah tinggi. Oleh yang demikian, prospek kenaikkan harga kekal sama selagi EMA 100 bergerak dalam arah aliran menaik. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan diniagakan di atas titik pangsi harian (0.6676) dalam beberapa jam yang akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan menunjukkan pengukuhan harga sebagaimana ia telah menembusi pada tahap tinggi 0.9958. Oleh itu, pasaran mungkin akan menunjukkan isyarat aliran menaik. Dengan kata lain, para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6676 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6712. Pasangan mata wang ini kemudiannya dijangka akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6733 dan seterusnya ke tahap 0.6759. Tahap 0.6759 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, kerana 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.6759. Sebaliknya, sokongan harian kuat dilihat terletak pada tahap 0.6624. Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.6624, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan pergerakkan menurun sehingga mencecah ke tahap 0.6541 (bottom double).