Pasangan mata wang EUR/NZD ini akhirnya menembusi rintangan utama jangka pendek pada tahap 1.7355. Rintangan terdahulu kini perlu bertindak sebagai sokongan jika ujian semula harga berlaku.
Penembusan harga di atas tahap rintangan 1.7355 sepatutnya telah membuka jalan bagi kesinambungan yang lebih tinggi ke arah tahap 1.7484 menuju ke arah tahap 1.7924 dan 1.8369 sebagai sasaran menaik utama yang seterusnya. Pasangan mata wang EUR/NZD kini berada di kedudukan di mana ia boleh mula melonjak lebih tinggi, tetapi kami beranggapan bahawa penembusan harga yang jelas di atas tahap 1.7484 diperlukan untuk melihat pecutan menaik yang dijangkakan.
R3: 1.7668
R2: 1.7578
R1: 1.7484
Pangsi: 1.7366
S1: 1.7355
S2: 1.7325
S3: 1.7281
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 1.7330 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.7275.