Analisis Teknikal NZD/USD untuk 27 Ogos, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD gagal menembusi sokongan yang terletak pada tahap 0.6650. Tahap 0.6650 adalah bersamaan dengan Penarikan Semula Fibonacci 38.250% yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Sama pentingnya, RSI masih memberikan isyarat bahawa harga masih diniagakan dalam aliran menaik, manakala Moving Average (MA) (100) menuju ke arah yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, prospek kenaikkan harga kekal sah selagi EMA 100 bergerak lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang mata wang ini berkemungkinan besar akan menembusi titik pangsi harian (0.6676) dalam beberapa jam yang akan datang. Pasangan mata wang NZD/USD ini akan menunjukkan pengukuhan harga susulan daripada penembusan harga pada tahap tinggi 0.9958. Oleh yang demikian, pasaran berkemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan erti kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6676 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6712. Kemudian, pasangan mata wang ini berpotensi untuk memulakan pergerakan menaik sehingga mencecah ke tahap 0.6733 dan seterusnya ke tahap 0.6759. Tahap 0.6759 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, kerana 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.6759. Sebaliknya, sokongan harian yang kuat dilihat terletak pada tahap 0.6624. Sekiranya pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.6624, pasaran berkemungkinan besar akan diniagakan lebih rendah lagi sehingga ke tahap 0.6541.