Analisis Teknikal EUR/USD untuk 28 Ogos, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 1.1612. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.1612, yang mewakili tahap Penarikan Semula Fibonacci 78.6% pada carta 1H.

Harga dijangkakan akan membentuk 'double bottom'. Hari ini, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 1.1612, sementara rintangan segera pada tahap 1.1697. Oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD kini menunjukkan isyarat pengukuhan harga berikutan penembusan harga yang tinggi pada tahao 1.1697. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap 1.1697 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1782 untuk menguji rintangan harian 1 dan bergerak lebih jauh ke tahap 1.1865.

Selain itu, 1.1865 adalah kedudukan yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia akan membentuk 'double top' yang baru. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih dalam aliran menaik; untuk itu, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan diniagakan tinggi dari tahap 1.1697 hingga 1.1865 pada hari ini. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.1612, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.1500 boleh berlaku, yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.