Pasangan mata wang EUR/USD kekal diniagakan dalam aliran menaik. Harga ditarik kembali ke arah garis sokongan 1.1650-1.1660 dan melantun ke paras tertinggi baru-baru ini. Pasangan mata wang EUR/USD kini menunjukkan isyarat perbezaan (divergence) penurunan harga. Corak harga tingi yang lebih tinggi baru tidak boleh berlangsung.
Garis Biru - Garis aliran sokongan
Garis Merah - Jangkaan
Pasangan mata wang EUR/USD ini berkemungkinan akan membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi di atas tahap 1.1730, walau bagaimanapun, saya meramalkan bahawa kita akan melihat pembalikan berskala penuh memandangkan isyarat perbezaan (divergence) menurun yang dinyatakan. Pasangan mata wang EUR/USD kemudiannya akan jatuh ke kawasan 1.1550-1.16 sebelum meneruskan pergerakkan dalam aliran menaik semula. Saya cenderung untuk mengambil pesanan menjual EUR/USD dari tahap harga semasa dan lebih tinggi.