Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 30 Ogos, 2018

Pada April 2018, prospek dagangan bagi pasangan mata wang EUR/USD telah bertukar kepada penurunan harga sebagaimana pasangan mata wang ini telah diniagakan di bawah had lebih rendah julat pengukuhan yang digambarkan (1.2200).

Tahap harga 1.1500 menawarkan pemulihan kenaikkan harga sementara ke arah tahap 1.1830. Aliran menaik EUR/USD gagal meneruskan pergerakkan ke arah sasaran menaik yang lebih tinggi. Sebaliknya, tahap tinggi menurun telah ditubuhkan di sekitar tahap 1.1800.

Merujuk kepada carta mingguan, pasangan EUR/USD dilihat sedang menguji zon harga 1.1450-1.1370 (zon permintaan) di mana garis aliran digambarkan pada carta.

Pada 10 Ogos yang lalu, aliran menurun sementara telah ditutup di bawah tahap 1.1400. Ini telah membolehkan pasangan mata wang ini untuk meneruskan dagangan dalam aliran menurun menuju ke arah tahap 1.1300 di mana pemulihan menaik yang jelas ditunjukkan.

Minggu ini, penarikan semula menaik semasa berada di atas tahap 1.1520, senario penurunan harga akan dihalang untuk dagangan jangka pendek. Kesinambungan aliran menaik yang selanjutnya harus dijangkakan ke arah tahap 1.1750.

Pedagang konservatif disyorkan untuk memerhatikan zon harga seterusnya (1.1750-1.1850) untuk bukti penolakan penurunan harga dan kemasukan pesanan MENJUAL yang sah. Sasaran awal untuk aliran menurun masing-masing terletak pada tahap 1.1550 dan 1.1420.

Sementara itu, corak pembalikan mingguan Head & Shoulders telah disahkan, pasangan mata wang EUR/USD ini memerlukan penurunan harga yang ketara di bawah tahap 1.1400.

Cadangan Perdagangan:

Zon harga 1.1750-1.1850 harus diperhatikan untuk kemasukan pesanan MENJUAL yang sah. Pesanan S/L harus ditetapkan di atas tahap 1.1880 dan T/P pada tahap 1.1550 dan 1.1420.