Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD ini telah meneruskan dagangan menurun dari tahap 1.3094. Pasangan mata wang ini telah diniagakan rendah dari tahap 1.3094 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 1.2893, kemudian berakhir di sekitar tahap 1.3048. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.3094, dan diikuti oleh tahap 1.3132, manakala sokongan harian 1 pada tahap 1.2974. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CAD ini masih bergerak di antara tahap 1.3094 dan 1.2974; justeru itu, kami menjangkakan julat dagangan adalah sebanyak 120 pips (1.3094 - 1.2974). Sekiranya pasangan mata wang USD/CAD ini gagal menembusi tahap rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.3094, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan pergerakkan menurun menuju ke tahap 1.3048. Ini akan mencetuskan pasaran penurunan harga sebagaimana penunjuk RSI masih berada di kawasan positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan diniagakan lebih rendah lagi sekurang-kurangnya ke tahap 1.2974 untuk menguji sokongan utama harian. Walau bagaimanapun, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 1.3130, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.