Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 1.1612/1.1546. Sokongan didapati berada pada tahap 1.1612 dan 1.1546, yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 23.6% dan 50% dalam carta 1H. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom'. Pada hari ini, sokongan utama terletak pada tahap 1.1612/1.1546, sementara rintangan segera pada tahap 1.1697. Oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD ini sedang menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga susulan daripada penembusan harga pada tahap tinggi 1.1697. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap 1.1697 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1782 untuk menguji rintangan harian 1 dan bergerak lebih jauh ke tahap 1.1865. Selain itu, tahap 1.1865 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit kerana ia akan membentuk 'double top' yang baru. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang ini masih diniagakan dalam aliran menaik; untuk itu, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan meningkat dari tahap 1.1697 kepada 1.1865 hari ini. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.1546, penurunan harga yang selanjutnya ke tahap 1.1500 boleh berlaku, yang akan menunjukkan pasaran menurun.