Analisis GBP/USD untuk 06 September, 2018

Baru-baru ini, pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan dalam aliran menaik. Harga dilihat telah menguji tahap 1.2982. Berdasarkan kepada carta 4H, saya mendapati bahawa harga telah ditolak dari Penarikan Semula Fibonacci 61% (1.2810), yang merupakan isyarat kenaikkan harga selanjutnya. Saya juga mendapati bahawa MACD dan Stochastic Oscillator menunjukkan trend menaik dan harga kini diniagakan di atas 3DMA, yang menunjukkan bahawa pembeli sedang mendominasi pasaran. Saya telah meletakkan lanjutan Fibonacci untuk mencari sasaran menaik yang berpotensi. Take Profit ditetapkan pada tahap1.3020 (FE 61.8%) dan tahap 1.3160.

Cadangan dagangan untuk hari ini: Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan membeli yang berpotensi.