Baru-baru ini, pasangan mata wang USD/JPY telah diniagakan dalam aliran mendatar pada tahap 111.10. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada carta 30M, saya mendapati bahawa harga kini diniagakan berhampiran pada tahap rintangan (tahap tinggi Jumaat), iaitu pada tahap 111.24, yang merupakan isyarat bahawa pesanan membeli kelihatan berisiko. Saya juga mendapati bahawa terdapat bekalan yang kuat pada carta dan 'overbought' pada stochastic oscillator, yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan penembusan harga pada garis aliran sokongan bagi mengsahkan kesinambungan aliran menurun ke tahap yang lebih rendah lagi. Sasaran untuk aliran menurun ditetapkan pada tahap 111.52.