Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan di bawah rintangan jangka panjang yang sangat penting. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi dan mengukuh di atas kawasan harga 1.17-1.1730, harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan menaik dalam minggu-minggu yang akan datang menuju ke arah tahap 1.19-1.21. Walau bagaimanapun, penolakan dan penembusan harga di bawah tahap 1.1620 akan menjadi isyarat untuk penurunan harga.
Garis merah - rintangan jangka panjang
Garis biru - sokongan jangka panjang
Garis hijau - sokongan jangka pendek
Pasangan mata wang EUR/USD telah berjaya menembusi garis aliran rintangan merah lebih daripada sekali namun harga telah ditolak. Ini adalah merupakan isyarat penurunan harga. Walau bagaimanapun, kesemua penarikan semula harga telah berjaya kekal di atas garis aliran sokongan jangka pendek hijau yang terletak pada tahap 1.1660. Penembusan harga di bawah tahap ini berkemungkinan akan memberi peluang untuk harga bergerak ke arah garis aliran sokongan biru pada 1.1520. Sekiranya harga juga berjaya menembusi pada tahap tersebut, pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan bergerak ke arah tahap 1.13-1.14. Sebaliknya, jika harga menembusi dan kekal diniagakan di atas garis aliran merah, saya menjangkakan satu lagi pergerakkan menaik sekurang-kurangnya ke tahap 1.19.