Pasangan mata wang EUR/NZD kini menunjukkan isyarat kemasukan arah aliran menaik ke arah tahap 1.8030 dan lebih tinggi ke tahap 1.8369. Untuk dagangan jangka pendek, penembusan harga di atas tahap rintangan kecil 1.7732 akan menjadi petunjuk kuat pertama bahawa pembetulan harga dalam gelombang merah iv telah selesai dan gelombang merah v sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.8030 sedang membangun.
Hanya penembusan harga yang tidak dijangkakan di bawah tahap sokongan kecil 1.7536 akan memanjangkan pembetulan harga di dalam gelombang merah iv, walau bagaimanapun potensi penurunan harga harus kekal minimum.
R3: 1.7823
R2: 1.7783
R1: 1.7732
Pangsi: 1.7651
S1: 1.7626
S2: 1.7585
S3: 1.7536
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 1.7615 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.7515. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.7732 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 1.7515.