Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang USD/CAD ini akan meneruskan aliran menaik dari tahap 1.2927 dalam dagangan jangka panjang. Perlu diingatkan bahawa sokongan telah ditubuhkan pada tahap 1.2927 yang mewakili titik pangsi harian pada carta 1H. Harga berkemungkinan akan membentuk 'double bottom' dalam carta masa yang sama. Dengan itu, pasangan mata wang USD/CAD ini menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.2927. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.2927 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2995 untuk menguji rintangan harian 1. Tahap 1.3028 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sementara itu, RSI masih memberikan isyarat bahawa harga akan kekal mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak dalam beberapa jam yang akan datang. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 1.3028, maka ia akan mendorong pasaran kenaikan harga yang kuat menuju ke arah objektif 1.3063 dalam beberapa jam yang akan datang. Selain itu, sekiranya pembalikan harga berlaku dan pasangan mata wang USD/CAD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.2927, penurunan harga seterusnya ke tahap 1.2884 boleh berlaku. Ia akan menunjukkan pasaran penuruann harga.