Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan tidak menentu pada semalam seperti yang telah diramalkan selepas laporan FOMC dikeluarkan. Harga dilihat cuba bergerak di atas tahap 1.18 namun ditolak. Kami memberi amaran bahawa satu lagi penolakan harga pada tahap 1.18 akan menjadi isyarat penurunan harga. Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan hampir 100 pips lebih rendah.
Garis hijau - sokongan jangka pendek utama
Titik biru gelap - sokongan kekuatan maksimum
Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai kawasan sokongan titik biru gelap dan garis arah aliran condong menaik. Pengukuhan harga di atas dua tahap sokongan dan tidak menolak di bawah tahap 1.17 adalah isyarat bahawa harga disokong dan senario kenaikkan harga untuk pasangan mata wang ini diniagakan lebih tinggi masih ada. Untung rugi menyokong bahagian menaik sekarang pada tahap 1.17 dengan Stop Loss ditetapkan pada tahap 1.1660. Saya kekal cenderung terhadap prospek kenaikkan harga EUR/USD.