Analisis Teknikal GBP/USD untuk 27 September, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan kukuh dari tahap 1.3100 menghampiri ke tahap 1.3211 semalam. Harga semasa kini ditetapkan pada tahap 1.3119. Merujuk kepada carta 4H, rintangan didapati terletak pada tahap 1.3211 dan 1.3298. Selain itu, sokongan mingguan 1 dilihat pada tahap 1.3038. Hari ini, pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap sokongan baru 1.3100 (pangsi), untuk membentuk saluran kenaikkan harga. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan diniagakan di antara tahap 1.3100 dan 1.3298 dalam beberapa jam yang akan datang. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3100 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3211 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 1.3298 (Double Top). Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 1.3298, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.3298. Pasaran akan melanjutkan aliran menurun ke tahap 1.3100 untuk kembali ke titik pangsi mingguan. Di samping itu, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan menggerakkan pasangan mata wang untuk berdagang lebih rendah ke tahap 1.3038.

Ulasan:

- Pangsi mingguan dilihat terletak pada tahap 1.3100.

- Pasaran masih diniagakan dalam aliran menaik. Kami masih cenderung memihak kepada senario kenaikkan harga.