Emas kekal diniagakan dalam saluran penurunan harga untuk dagangan jangka panjang dan dagangan jangka pendek. Harga dilihat telah membuat corak harga rendah yang lebih rendah. Harga telah menembusi di bawah dan keluar dari julat perdagangan sebulan dan kini cuba untuk mendapatkannya kembali. Saya menjangkakan harga ditolak dan bergerak lebih rendah.
Garis hijau - saluran penurunan harga jangka panjang
Garis merah - saluran penurunan harga jangka pendek
Sokongan jangka pendek terletak pada tahap $1,180 dan rintangan pada tahap $1,195. Selagi harga diniagakan di bawah tahap $1,195 saya menjangkakan bahawa aliran dagangan jangka pendek akan terus menurun dan harga menolak ke arah tahap $1,170. Penembusan hagra di atas tahap $1,195 berpotensi untuk menolak harga ke arah tahap $1,205 yang merupakan saluran rintangan. Penembusan harga di atas dan di luar saluran hijau akan menolak harga ke arah $1,220-30. Sehingga itu, harga akan menurun dan kami menjangkakan harga bergerak lebih rendah.